Sponsors

Rabu, 12 Februari 2014

Pameran Hartanah UDA Land Catat Jualan RM155j


KUALA LUMPUR – Pameran hartanah yang dianjurkan oleh UDA Land Sdn. Bhd. (UDA Land) di enam lokasi baru-baru ini mencatat jualan bernilai RM155 juta hanya dalam tempoh sehari.

Ketua Pegawai Eksekutif UDA Land, Haris Ahmad berkata, nilai jualan yang tinggi hanya dalam tempoh sehari itu merupakan satu pencapaian yang hebat.

“UDA Land mencapai jualan sebanyak RM155 juta dalam masa sehari walaupun pada mulanya hanya mensasarkan jualan sebanyak RM100 juta semasa pelancaran U4RIA: Pameran Hartanah UDA Land baru-baru ini.

“Sambutan dari orang ramai amat menggalakkan dan pencapaian keseluruhan jualan berjumlah RM155 juta,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Haris berkata, pencapaian itu tinjauan penjualan produk hartanah dan komersial di Lembah Klang oleh UDA Land (Central) Sdn. Bhd. bernilai RM74 juta, UDA Land (North) Sdn. Bhd. (RM38 juta), UDA Land (South) Sdn. Bhd. (RM38 juta) dan UDA Land (East) Sdn. Bhd. (RM5 juta).

Menurut beliau, antara projek yang paling mendapat sambutan daripada pembeli pada hari tersebut adalah Projek PKENPs-Kparc di Kangar, Perlis.

Jelas beliau, UDA Land menawarkan pelbagai jenis produk hartanah residensi berharga antara RM458,000 hingga RM2.7 juta dan komersial dari RM740,000 hingga RM4.3 juta.

Tambah beliau, nilai jualan tinggi itu menunjukkan sokongan dan kepercayaan orang ramai khususnya golongan bumiputera terhadap UDA Land masih utuh hingga kini.

Katanya, bagi memudahkan orang ramai, UDA Land melancarkan laman web sebagai hub kepada program U4RIA – Pameran Hartanah UDA Land.

“Laman web yang bersifat mesra pengguna serta bersepadu ini boleh dilayari diwww.udaland.my,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar