Sponsors

Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Kamis, 27 Februari 2014

Lelaki Kepala Berlubang Akibat Kemalangan

GAMBAR: Lelaki Kepala Berlubang Akibat Kemalangan

LELAKI ini dilahirkan normal sehinggalah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di sebuah bandar di China.
Namun ajalnya belum sampai.
Pihak hospital berjaya merawat kecederaannya namun ia meninggalkan ‘kesan’ yang agak ‘menakutkan’ ketika dilihat.
Di kepalanya terbentuk ‘lubang’ sebesar penumbuk hingga ia menarik perhatian masyarakat di mana saja dia berada.
Pelik tapi benar bukan?
GAMBAR: Lelaki Kepala Berlubang Akibat Kemalangan
kepala-berlubang-2
ReadMore...

Sabtu, 08 Februari 2014

Polis Tahan 2 Lelaki B’sama Bahan Berkaitan Chin Peng


GEORGE TOWN – Polis menahan dua lelaki iaitu seorang warga tempatan dipercayai bergelar Datuk Seri dan seorang rakyat Hong Kong kerana disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis Chin Peng, di sini Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tinjauan pemeriksaan ke atas bagasi mereka, polis menemui 13 buku berkaitan komunis selain 11 cendera hati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng selain gambar mendiang Chin Peng.

Suspek warga tempatan berusia 66 tahun dan warga Hong Kong berumur 59 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk pemeriksaan lanjut.

“Mereka dipercayai membawa bahan yang mungkin untuk kegunaan sendiri atau edaran. Buku itu menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Cina,” katanya kepada pemberita.

Difahamkan kedua-dua lelaki itu tiba dengan penerbangan komersil dari Bangkok dan ditahan kira-kira 10.30 malam di balai ketibaan selepas 30 minit pesawat mendarat.

Kepada satu pertanyaan, Abdul Rahim berkata polis tidak menjumpai abu mayat mendiang Chin Peng dalam bagasi yang diperiksa.

Menurutnya, suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Chin Peng, 89, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok minggu lepas akibat sakit tua. – BERNAMA

Foto: The Star
ReadMore...

Jumat, 20 Desember 2013

Keji Lagi lagi! pemerkosaan di India 8 lelaki ditangkap

17 Jul 2013
 
New Delhi - Kes pemerkosaan kembali terjadi di India dan kali ini menimpa empat anak perempuan yang masih duduk di bangku sekolah. Delapan lelaki yang terlibat pemerkosaan ini telah ditangkap oleh Polis India.

Dikutip dari  Asia One, Rabu  17/7//2013 , sekumpulan lelaki tersebut menceroboh masuk ke dalam asrama mangsa korban di wilayah Pakur, yang rata-rata masih berusia 12-14 tahun. Dengan bersenjatakan pisau, mereka menculik anak-anak perempuan ini pada  14/7  malam waktu setempat.

Polis  setempat memberitahu, semua mangsa kemudian dibawa ke sebuah hutan di wilayah Jharkhand, kemudian terjadilah tindak penganiayaan dan pemerkosaan ini.

"Kami telah melakukan penangkapan terhadap para pelaku dan kini sedang menyiasat delapan tersangka dalam kes ini," Kata Inspektor Polis  YS Ramesh.

"Anak-anak ini terkejut dan ketakutan setelah insiden ini," tambahnya.

Dalam kes ini, Pengetua Sekolah dan guru yang juga tinggal di kompleks asrama yang sama dikurung dan dikunci para pelaku dalam ruangan masing-masing. Para pelaku memasuki asrama yang dihuni pelajar perempuan dan menculik empat pelajar di antaranya.

Hasil pemeriksaan kesihatan terhadap para korban menunjukkan bahawa anak-anak tersebut memang telah diperkosa oleh  pelaku-pelaku tersebut.

Kes ini menambah panjang daftar kes pemerkosaan yang terjadi di India. Semenjak kes pemerkosaan maut yang membunuh seorang mahasiswi India pada Desember 2012 lalu, protes massa berlangsung di sejumlah wilayah India, bahkan hingga ke negara lain.

Pemerintah India   didesak untuk memberlakukan hukum yang lebih berat bagi para pelaku pemerkosaan dan kekerasan terhadap wanita. Sejak beberapa waktu lalu, parlimen India telah meluluskan undang-undang yang mengenakan hukuman lebih berat bagi tindak pidana tersebut, termasuk hukuman minimum bagi pelaku pemerkosaan yang diperberat dua kali ganda hingga 20 tahun penjara.
 
ReadMore...