Sponsors
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Jumat, 14 Februari 2014
Seluar Dalam Cegah Bau Kentut Laris Di Jepun
Orang Jepun yang mempunyai fikiran pelik baru-baru ni telah mengtinjauankan seluar dalam cegah bau kentut. Bagaimanakah itu?
Terbaik la kerana seluar dalam terkini yang didakwa mampu meneutralkan bau busuk kentut telah mendapat sambutan yang sangat hangat dalam kalangan ahli perniagaan di Jepun yang rajin bekerja yang gemarkan idea melepaskan kentut tanpa masalah.

Satu syarikat tekstil tempatan telah membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakan mampu mencegah bau-bauan yang tidak diingini.
“Kami telah mengambil masa beberapa tahun bagi membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah mampu menghapuskan bau hapak dengan berkesan,” ujar Nami Yoshida salah seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk Seluar Dalam mencegah kentut.
Kebanyakan orang seperti ahli perniagaan membelinya dan sesuai digunakan untuk berjumpa ramai orang dalam waktu sehari ,” tambah Encik Yoshida lagi.
“Pada permulaan produk ini, kami hanya terfikir bagi menjual seluar dalam ini kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan juga hospital. Tetapi kami amat terkejut kerana ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan akan membeli seluar dalam ini dan digunakan untuk berjumpa orang ramai setiap hari,”jelas jurucakap syarikat.
Seluar dalam cegah bau tersebut dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau dalam fabrik mereka. Syarikat Seirin membangunkan teknologi terbabit selepas dihubungi oleh seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan oleh mereka yang menghidap sindrom usus. Syarikat tersebut telah berkembang kepada 22 produk, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau busuk dan baju-t yang menghilangkan bau ketiak.
Rabu, 29 Januari 2014
8 Tanda Hubungan Anda Dalam Masalah
Salam semua,

Bila Anda menjumpai beberapa indikator di atas tampak pada pasangan ataupun Anda sendiri, maka bisa dikatakan hubungan Anda sedang megalami proses menuju keretakan, oleh karena itu, sedapat mungkin Anda berbicara kepada pasangan Anda perihal perubahan sikap atau perilakunya tersebut. Atau bila itu bersumber dari Anda, maka Anda harus membuat keputusan hubungan Anda mau dibawa ke mana.
ReadMore...

Keluarga sebagai suatu lembaga yang menyatukan dua individu yang kadang berbeda pandangan sering mengalami yang namanya friksi atau pertengkaran, sehingga suatu saat kondisi ini bila tidak tertangani secara serius, akan berubah menjadi suatu masalah besar bagi kelangsungan hubungan tersebut. Masalah dalam rumah tangga ada yang bisa diselesaikan dengan baik oleh Anda dan pasangan, namun juga terkadang karena saat tidak ditemukan adanya solusi lalu didiamkan begitu saja, akibatnya adalah hubungan Anda dengan pasangan menjadi tidak sehat atau bahkan menjadi retak. Hubungan retak bisa disebabkan bukan hanya karena kejadian sekali saja, namun merupakan tumpukan masalah yang dibiarkan berlarut-larut.
Sebenarnya masalah dalam rumah tangga bisa diidentifikasikan atau dikenali sejak kini, sehingga hubungan retak bisa dicegah jauh-jauh hari. Indikasi masalah rumah tangga dapat dilihat lewat 8 indikator yang Anda jadikan sebagai pengenal bahwa hubungan Anda dalam masalah :
- Salah satu Anda atau pasangan telah menunjukkan keenganan berbicara satu sama lain, yaitu berbicara seperlunya saja, atau menjawab pertanyaan pasangan dengan nada datar tanpa ekspresi.
- Sudah tidak ada perhatian yang diberikan kepada pasangan, yaitu misalnya tidak peduli dengan hari-hari spesial pasangan, ultah penting bersama pasangan.
- Masa bodoh dengan apa yang dilakukan pasangan, yaitu tidak peduli sama sekali apa yang sedang dikerjakan pasangan, dengan siapa, dimana, dan lain sebagainya.
- Pertengkaran sering timbul walaupun hanya dikarenakan masalah kecil atau sepele. Kelima, tidak ada lagi kata sayang atau kata-kata mesra lainnya diberikan kepada pasangan.
- Jarang atau tidak pernah memberitahukan alasan mengapa pulang terlambat dari tempat kerja, apakah karena lembur di kantor, menjamu customer atau dijamu suplier ataupun meeting yang diadakan lepas jam kantor.
- Sering menghabiskan waktu di luar dengan teman-teman dibandingkan dengan keluarga, yaitu terbaca bahwa pasangan lebih suka jalan-jalan di luar bersama temannya.
- Suka menjelekkan perilaku buruk pasangan di depan teman-temannya, sehingga membuat malu pasangannya tersebut.
- Terdapatnya sms bernada mesra di handphone pasangan yang dikirim oleh seseorang lawan jenis pasangan.
Bila Anda menjumpai beberapa indikator di atas tampak pada pasangan ataupun Anda sendiri, maka bisa dikatakan hubungan Anda sedang megalami proses menuju keretakan, oleh karena itu, sedapat mungkin Anda berbicara kepada pasangan Anda perihal perubahan sikap atau perilakunya tersebut. Atau bila itu bersumber dari Anda, maka Anda harus membuat keputusan hubungan Anda mau dibawa ke mana.
~sumber~
Minggu, 29 Desember 2013
Petanda dalam bau
KESIHATAN
Petanda...
Bau air kencing yang kurang menyenangkan juga mungkin berpunca daripada jangkitan di salur kencing.
BAU air kencing boleh membuatkan seseorang bimbang akan tahap kesihatannya.
"Mengapa air kencing saya berbau tengik atau meloyakan?" Mungkin soalan tersebut malu untuk ditanyakan kepada doktor, apatah lagi untuk dikongsi bersama ahli keluarga mahupun teman-teman.
Jika hendak disiasat sendiri, mungkin individu yang menghadapi tekanan perasaan ini akan memikir semula tentang apa yang telah dimakan. Mungkinkah asparagus, kopi ginseng, petai, jering atau ubat tertentu?
Bau air kencing berkait rapat dengan faktor isipadu dan kepekatan pelbagai jenis bahan kimia yang disingkirkan oleh buah pinggang.
Secara normal, air kencing yang cair tidak akan membebaskan banyak bau yang kurang menyenangkan. Sebaliknya, jika seseorang dalam keadaan dehidrasi dan air kencing menjadi pekat, ia akan berbau kuat.
"Banyak jenis makanan dan ubat seperti asparagus atau vitamin tertentu mempengaruhi bau air kencing.
Perubahan yang terjadi pada bau air kencing adalah bersifat sementara dan tidak memberi petanda tentang penyakit yang serius," kata pakar urologi dari Yayasan Penyelidikan Mayo, Amerika Syarikat, Dr. Erik Castle.
Namun, menurut Castle, dalam kes tertentu seseorang perlu berwaspada. Sekiranya bau yang kurang menyenangkan berlaku setiap kali membuang air kecil, ia mungkin berpunca daripada jangkitan di salur kencing.
Biasanya, air kencing yang baru dihasilkan buah pinggang dan belum disingkirkan dari tubuh adalah dalam keadaan steril dan tidak berbau, atau hanya berbau yang tidak ketara.
Namun, sejurus ia terdedah pada udara, ia diurai oleh bakteria yang mencemarinya dari bahagian luar kulit dan salur kencing.
Penyakit yang dialami seseorang juga meninggalkan kesan. Jika seseorang menghidap penyakit kuning dengan pigmen hempedu yang berlebihan dalam darah, air kencingnya akan turut mengandungi pigmen tersebut. Ia akan berwarna kuning gelap, jingga atau perang.
ASPARAGUS mempengaruhi bau air kencing kerana ia mengandungi unsur asid amino yang bersulfur. |
Kehadiran darah dalam air kencing serta penyakit porphyria pula menjadi sebab ia menjadi warna merah. Selain itu, bahan lain yang boleh mengubah warna air kencing adalah ubi bit (merah) dan juga asparagus (hijau dan busuk).
Namun, perlu diingatkan bahawa jangkitan tidak semestinya terzahir pada warna air kencing. Lebih utama adalah sama ada air kencing kelihatan keruh. Keadaan sedemikian adalah petanda jelas tentang jangkitan bakteria, atau masalah batu karang.
"Biasanya, bau air kencing adalah disebabkan oleh makanan seperti kopi, atau asparagus yang kaya asid amino bersulfur, ataupun pengambilan ubat tertentu.
"Air kencing yang pekat daripada seorang yang sihat juga berbau teruk," kata Dr. Mary Pickett dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Amerika Syarikat.
Beliau memberitahu, seseorang tidak perlu panik dengan kepelbagaian kemungkinan yang menyebabkan masalah tersebut. Apa yang lebih penting adalah seseorang itu faham mengenai kepentingan tabiat minum air secukupnya, bersenam untuk mengeluarkan peluh, serta makan makanan seimbang.
"Kesan pemeraman boleh terjadi pada air kencing yang tersimpan dalam pundi kencing dalam satu tempoh yang lama. Kemudian, jika seseorang itu tidak mengosongkan pundi kencingnya dengan efisien, bau air kencing seperti mengandungi amonia yang kuat," kata Pickett.
"Tetapi, bau air kencing yang seperti aroma manis buah-buahan adalah isyarat bahaya. Ia disebabkan oleh komplikasi diabetes yang dipanggil ketoasidosis," terangnya.
Begitu juga dengan perubahan pada penghasilan garam semula jadi atau bahan kimia tubuh. Itu juga boleh mempengaruhi kekuatan bau air kencing dan membuatkan anda ingin segera keluar dari tandas selepas menunaikan hajat.
Walau apa pun yang anda bimbangkan, langkah pertama adalah dengan mengikuti ujian air kencing di klinik atau hospital berdekatan. Bukan sesuatu yang menghairankan jika keputusan ujian tersebut menyatakan bahawa anda normal, biarpun secara peribadi anda mungkin tidak selesa.
Walaupun benar ia jangkitan kuman sekali pun, seseorang tidak perlu cepat susah hati kerana masih ada penerangan dan kaedah untuk mengatasinya.
Hakikatnya, memang ada di antara kita yang mempunyai air kencing yang berbau teruk, dan ujian klinikal tidak memandang ia suatu yang berbahaya. Anggaplah ia satu daripada keajaiban kaedah semula jadi tubuh dalam menyingkirkan toksik yang tidak diperlukan tubuh.
Mungkin setiap seorang daripada kita perlu mengambil kira tentang beberapa perkara - pengambilan diet, ubat dan makanan tambahan.
Sesetengah jenis vitamin atau makanan tambahan kesihatan atau ketidakseimbangan diet boleh menyebabkan masalah ini. Jika ya, cuba berhenti mengambilnya dan lihat sama ada masalah tersebut turut terhenti.
Langganan:
Postingan (Atom)