Sponsors

Minggu, 15 Desember 2013

Campur tangan ‘orang politik’ punca GLC rugi – Johari

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 16 Oktober: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul berkata, dua syarikat kerajaan yang mengalami kerugian mencecah lebih RM1 bilion berpunca akibat campur tangan politik.
Syarikat tersebut adalah Indah Water Konsortium (IWK) dan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (KL Rapid).

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 semalam, syarikat tersebut masing-masing mencatatkan kerugian terkumpul hingga akhir 2010 iaitu sebanyak RM888.1 juta dan RM293.83 juta.
“Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ditubuhkan kerajaan dikendalikan secara tidak berhemah. Ini disebabkan penerajunya adalah di kalangan orang politik yang dianugerahkan jawatan tertinggi oleh badan-badan tersebut, jadi hasilnya bukan bawa keuntungan, tetapi kerugian,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Ahli Parlimen Sungai Petani itu, IWK yang ditubuh pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu diragui malah membimbangkan kerana perkara yang bersangkutan dengan kebersihan perlu melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), bukannya dengan penubuhan syarikat.
“Syarikat yang ditubuhkan itu tidak masuk akal, kenapa urus tangki najis perlukan syarikat, cukup sekadar PBT yang uruskan. Kalau kontraktor tak dapat uruskan, bermakna PBT boleh terus ambil tindakan.
“Kerugian boleh dijangka kerana orang politik yang jadi bosnya. Kalaupun mereka ada kelayakan, masalahnya tiada pengalaman dan ada kepentingan peribadi,” jelas Johari.
LKAN 2011 turut mendedahkan Kementerian Pertahanan membayar RM3.2 bilion bagi projek membina kuaters untuk kakitangan yang berkahwin tidak memuaskan.
Menurut laporan itu, kos asal pembinaan kuarters tersebut dianggarkan RM1.74 bilion, namun meningkat 80 peratus kepada RM3.21 juta yang dianugerahkan tender rundingan terus.

Bagaimanapun dalam laporan itu menyebut, sebanyak 25 penyata kewangan daripada 456 penyata syarikat kerajaan dan agensi di bawahnya diberikan Sijil Audit Berteguran.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar