Sponsors

Kamis, 26 Desember 2013

Mayat Polis Di Kelar Penceroboh

Akhirnya. Berita dah boleh dilepaskan sebab PDRM dah keluarkan kenyataan. Benda neh ramai dah orang tahu. Yang sekitar sana, sedara mara terdekat dan mereka2 yang pergi melawat jenazah..

Cuma tak diwar2kan di public sebab belum boleh dilepaskan. Polis tak keluarkan kenyataan lanjut, kita pun nak menghormati perasan ahli keluarga yang terlibat. Sudah semestinya mereka berduka di atas apa yang menimpa ke atas ahli keluarga mereka. Mati itu sudah cukup menyedihkan. Menyeksa ahli keluarga mereka dengan melakukan sesuatu hal yang "kejam, biadap dan kurang ajar".. sehinggakan ahli2 keluarga yang melihat mayat itu jatuh, pengsan, terkejut, trauma dan sakit ahti.. itu perkara yang lain..




"Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," tambahnya..
Polis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar.
Tindakan ini dipercayai balas dendam kerana ada anggota2 mereka yang mati terbunuh pada serangan hendap yang berlaku pada jumaat lepas. Mereka serang hendap pasukan negara lepas tue bila pasukan negara pertahankan diri sehingga ada yang mengorbankan nyawa, mereka tak puas ahti. 

Dalam pada itu media2 filipina masih membekap penceroboh2 sulu ini. Sudah semestinya mereka bermain wayang. Yang bodohnya rakyat malaysia yang berbalah sesama sendiri disebabkan laporan media filipina. Agak bangang disitu. Mereka tidak tahu media antara perang saraf, perang propaganda, perang saiko yang sangat2 berkesan dalam melemahkan dan mengoncang semangat lawan. -Amenoworld
Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi.

Menceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang maut dalam serangan hendap sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina.

Menurut posting Facebook tersebut, polis menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina.

“Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis itu telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.

“Pihak polis dihantar pasukan penyelamat untuk mengambil mayat wira-wira kita terkorban dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul, Semporna. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi tersebut.

“Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut,” tambahnya..

Polis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar