Sponsors

Rabu, 18 Desember 2013

Taufan Nari Akibatkan Elektrik Putus


TAUFAN Nari yang melanda Manila mengakibatkan kemusnahan teruk di utara Filipina awal pagi hari ini.

Angin kencang itu memusnahkan pokok dan menumbangkan tiang elektrik sehingga menyebabkan jutaan rakyat Filipina terputus bekalan elektrik.

Menurut Penolong Pengarah Pejabat Pertahanan Awam Serantau Filipina Nigel Lontoc, setakat ini tiada kematian dilaporkan cuma seorang lelaki yang masih hilang selepas tidur di dalam sebuah bot memancing yang kecil di kawasan perairan di timur negara itu di mana taufan itu mula melanda.

“Taufan itu menumbangkan banyak pokok-pokok yang kini menghalang kebanyakan jalan raya utama,” katanya seperti dilaporan agensi berita AFP.

Beliau berkata, terdapat laporan angin kencang yang membadai menerbangkan bumbung-bumbung rumah.

Taufan Nari yang bertiup kencang memusnahkan kawasan pertanian di tengah-tengah Pulau Luzon sebelum Subuh hari ini sebelum kemudiannya bergerak ke Laut China Selatan dengan kelajuan angin mencecah 120km sejam.

Ekoran daripada pencawang elektrik yang rosak, ia mengakibatkan wilayah Aurora dan separuh daripada kawasan Tarlac dan Zambales bergelap ekoran terputusnya bekalan elektrik.

Kini, seramai kira-kira 3,000 orang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara diwujudkan kerajaan Filipina bimbang taufan Nari akan turut membawa kesan tanah runtuh dan banjir kilat.

Mengikut rekod, Filipina kerap dilanda 20 taufan utama setiap tahun yang berlaku pada bulan Jun dan Oktober.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar